Posts

Showing posts from 2020

Fitnah Itu

 Meneliti fakta di luar Meneliti fakta di dalam Berakhir dari satu lebaran ke satu lebaran Bait-bait baru sedang bermula Keselarian semakin hampir Kepercayaan semakin kuat Ketakutan semakin mendalam Bayangan di hadapan semakin gelap Apakah tauhidku padaMu sudah cukup kuat? Apakah amalanku sudah cukup menangkis fitnah dasyatnya.. Apakah kesediaanku sudah cukup? atau makin rapuh? Di sisi hadapan penuh dengan harapan yang tak terucap Di sisi belakang aku dibelenggu dosa-dosa lalu Di sisi kanan aku masih cuba bangkit Di sisi kiri kelemahan senantiasa menghimpit.. Masa terus berjalan Detik demi detik, hari demi hari meninggalkan.. Sedangkan di sana sini manusia masih kebingungan...

Aku terluka dan sangat terluka

Betapa hatiku sangat terluka dengan isu yang melanda sekarang...Kenapa Nabi Muhammad kita yang mulia di hina, kenapa Islam di hina sesuka hati dan kita lemah untuk bangkit dan bersatu.  Lagi terluka bila membaca komen nitizen Islam dan melayu yang tidak menyokong disaat muncul seorang insan yang secara lantang membantah penghinaan itu..Dahlah dia diam terhadap penghinaan itu, ini lantang pulak tidak setuju org yang membantah.. Takut akan menjejaskan ekonomi negara kononnya...Ya Allah..tidak kah dorang terfikir yang maju dan mundurnya sebuah negara semuanya atas ihsan dan kehendak Allah.Ini adalah kepercayaan kita sebagai umat Islam..Rasulullah adalah kekasih Allah dan yang paling Allah sayang..Kenapa kita tegar membiarkan kekasih Allah ini dihina...Allahhu Akbar maafkan kami Ya Allah..maafkan kami..ampunilah kami.. Jika bukan Islam yang menghina, aku faham kerana mereka tidak memahami apa-apa tentang Islam dan Allah yang Esa dan sememangkan tugas kita untuk memahamkan mereka..ni org me

Asmaul Husna

Image
Asmaul Husna

Sumayyah - Syahidah pertama

Home Sumayyah ialah ibu Ammar b Yasir, yang merupakan gambaran wanita yang pertama sekali mati syahid dalam Islam. Sumayyah merupakan isteri Yasir. Dengan keimanan yang kuat dan keberanian yang tersimpan di relung hatinya yang dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yang terkenal bengis dan kejam. Sumayyah bersama suami dan anaknya Ammar dijemur di tengah padang pasir yang sangat panas. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga tidak bergerak dan melawan. Mereka diseksa dengan kejam agar mengikuti keinginan Abu Jahal. Namun mereka tidak terdengar sepatah katapun dari mulut Yasir atau puteranya, Ammar selain daripada rintihan yang penuh kesakitan, justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yang beriman ini agar menyatakan murtad dari agama Islam. Sumayyah tidak merintih kesakitan tetapi menentang dengan terus terang serta menyatakan bahwa beliau tetap berpegang teguh kepada keimanannya, walaupun harus ditebus dengan harga yang mahal kerana mereka telah mendengar sabda

Al-Baqarah (Ayat 285 - 286) - Diberi Kecukupan

Image
Home Surah Al-Baqarah (Ayat 285 - 286)  'Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberi kecukupan.' (HR. Bukhari dan Muslim)

Kisah Ahli Syurga

Home  Pada suatu hari Rasulullah duduk bersama-sama sahabat kemudian rasulullah berkata "sekejap lagi akan datang pemuda ahli syurga". Kemudian datang seorang pemuda masuk ke dalam masjid. Pada mata sahabat pemuda tersebut kelihatan biasa sahaja dan tiada keistimewaan pemuda tersebut. Pada hari yang lain, Rasulullah SAW berkata perkara yang sama dan yang masuk adalah pemuda yang sama.  Muaz bin Jabbar ingin mengetahui apakah rahsia atau amalan pemuda tersebut sehingga Rasulullah SAW berkata demikian. Muaz meminta izin daripada pemuda tersebut untuk bermalam di rumah pemuda tersebut untuk melihat apakah amalan yang dilakukan oleh pemuda itu. seperti biasa Muaz bangun untuk bertahajjud dan dia melihat pemuda itu masih lagi tidur. Dia terus memerhatikan pemuda itu hanya sembahyang subuh. Kemudian Muaz mangajak lelaki tersebut membaca al-Quran. Dia melihat pemuda tadi membaca quran merangkak-rangkak. Kemudian apabila tiba waktu dhuha, lelaki

Perang Dunia Ke- 3

Home Bilakah perang dunia ke- tiga?  Kebanyakan tidak mengetahui bila tetapi gelombang perang dunia ini sudah kelihatan. Antara gelombangnya adalah :  1. Pengumuman Donald Trump berkenaan Israel.  2. Pergaduhan Negara arab teluk  3. Penyerahan pulau Jiran dan Sanafir oleh mesir kepada Saudi  Semasa perang pertama - Misi adalah untuk memusnahkan kerajaan Turkey Uthmaniah, Berlaku juga perang sejagat menyebabkan tiada negara yang menolong kerajaan Turkey ketika itu kerana masing-masing berperang. Akhirnya kerajaan Turkey Uthmaniyah jatuh.  Perang Dunia Kedua (Perang Dunia Ke-2 atau Perang Dunia II) ialah peperangan global yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini membabitkan lebih dari 100 juta orang dari lebih 30 negara di seluruh dunia yang kebanyakannya melibatkan dua pakatan terbesar iaitu Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara pembesar berempat iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Sovie

Perihal Dajjal

Image
Home 1. Kelebihan umat nabi Muhammad adalah sebahagian umat nabi muhammad akan masuk syurga tanpa dihisab dan diazab manakala keburukan terbesar Nabi Muhammad (ujian) adalah sebahagian umat menyaksikan khiamat dan sebahagian akan hidup di zaman dajjal.Dajjal adalah tanda besar khiamat. Ia adalah ujian paling besar dan fitnah yang paling dasyat kerana ia mengeluarkan iman dari diri umat Nabi Muhammad.Ia dikatakan fitnah yang paling dasyat kerana mengaku sebagai Tuhan. Dan manusia banyak mengikuti kerana ujian yang umat islam hadapi ketika itu.  2. Setiap nabi akan memberi amaran keras kepada umat masing-masing berkenaan dengan dajjal walaupun umat mereka tidak akan hidup pada zaman tersebut apatah lagi Nabi Muhammad sentiasa mengingatkan kepada umatnya.Banyak hadis berkenaan Nabi Muhammad menyebut tentang perihal dajjal malah ada sebahagian umat yang sudah melihat dan bercakap dengan dajjal . 3. Dajjal adalah manusia, bercakap,makan,minum,melih

Doa : Hindarkan dari api neraka

Image
Home Bacalah doa ini setiap kali selepas subuh dan magrib sebanyak 7x..moga kita semua dapat beramal dan Allah menerima amalan doa dan setiap ibadah yang baik yang telah kita lakukan. Note : Ya Allah, hindarkanlah kami semua daripada azab api neraka-Mu yang amat pedih.

Zikir - Zikir Amalan Harian (Isnin - Ahad)

Image
Home Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad   Edit

Pesanan

Image
Home Pesan Rasulullah kepada Muaz untuk mengamalkan doa di bawah selepas solat. Dibaca setiap kali selepas solat. Note : Ya Allah, Bantulah aku dalam mengingatiMu

Srikandi Mashitah

Home Mashitah tersebut nama Allah dan anak firdaun bertanya 'Adakah Allah itu ayahku ? '.Mashitah menjwb 'bukan..tuhan aku, Tuhan kamu dan tuhan ayahmu adalah Allah'.Kemudian, Anak Mashitah mengadu kepada ayahnya, firaun.  Firaun memanggil mashitah..  Firaun     : Kau ada tuhan lain selain aku?  Mashitah  : Ya, Tuhanku...Tuhanmu adalah Allah  Firaun      : Kamu bukan ada anak.  Mashitah  : Ya  Firaun mengarah semua anaknya dipanggil. Kemudian firaun mengarah meletakkan periuk besar yang didalamnya minyak dan dibakar periuk tersebut.  Kemudian anak yang pertama ditolak  Firaun bertanya : Adalah kamu ingin menyembah aku balik?  Mashitah : Tidak.  Begitulah seterusnya sehingga anak yang ke empat.  Setelah anak ke-5.masyitah ada permintaan. Kata Mashitah, 'bolehkah menghimpun tulang-tulang aku dan anak-anak ku dalam satu tempat'. Firaun bersetuju. Mashitah yang menyusu anak berulang sampai 3 kali kerana memikirkan anaknya yang

Doa untuk membebaskan diri dari Neraka

Image
Home Doa ini adalah disebut oleh rasulullah dan memberi manfaat kepada siapa umat agar terselamat daripda neraka : Bila di baca 1x - Allah membebaskan 1/4 diri dari neraka. Bila di baca 2x - Allah membebaskan 2/4 diri dari neraka. Bila di baca 3x - Allah membebaskan 3/4 diri dari neraka. Bila di baca 4x - Allah membebaskan 4/4 diri dari neraka. Doa ini dibaca 4x pagi dan juga 4x pada waktu petang Note : Ya Allah, Selamatkan dan lindungilah kami semua dari Nerakamu..

AL- KAHFI

Image
Home Di antara kelebihan yang paling utama surah al-kahfi adalah:      1. Terpelihara daripada fitnah yang paling besar iaitu fitnah  dajjal     2. Terpelihara daripada fitnah akhir zaman         10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI 10 AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI         Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan :   “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Kita sangat digalakkan untuk membaca setiap pagi dan petang ayat 1-10 dan 100 - 110. NOTE : Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami daripada fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman.

WANITA IDAMAN SYURGA

Home Ciri-ciri wanita idaman syurga terdiri daripada 4 iaitu menjaga solat, puasa,maruah diri dan taat kepada suami. Sumber : Ustazah isma' Harun  1. Menjaga Solat - Untuk mendapatkan solat yang sah perkara pertama adalah hendaklah menjaga wudhu'.Nampak senang tetapi bagi golongan wanita ia bukan mudah kerana perlu membersihkan di tempat anggota wudhu' terutamanya muka disebabkan kebanyakannya suka bersolek.kita kene pastikan air mengalir. Kemudian khusyuk dalam solat.Ia juga bukan perkara yang mudah kerana saat kita menunaikan solat pasti ada iblis yang mengganggu ketenteraman. Sebolehnya kita perlu menangkis godaan tersebut.  2. Menjaga Puasa Menjaga puasa adalah bukan setakat makan dan minum tetapi menjaga mulut daripada terkeluar perkataan yang keji. Sentiasa menjaga penulisan daripada menulis perkara yang tidak elok.Puasa dapat mendisiplinkan kita dan membentuk akhlak yang baik. 3. Maruah diri Perkara yang ketiga adalah menjaga maruah diri. menjaga dir

Alam-alam manusia

Image
Manusia akan melalui beberapa alam dalam kehidupan dan kita sudah melalui 2 alam sebelum ini  iaitu alam ROH dan alam RAHIM. Kita sekarang tengah berada di alam yang ketiga iaitu alam fana iaitu dunia di mana kita berada sekarang. Tidak kah kita terfikir apa akan berlaku seterusnya?..apakah amalan yang diperlukan untuk melangkah ke alam seterusnya?. Tahukah kita apabila berlaku sakaratul maut maka sudah terhentilah segala amalan seseorang itu. 1. ALAM ROH & RAHIM * Ketika Kita di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu: - rezeki - ajal (bila, di mana, bagaimana) - amalan & masa depan ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik) - ahli syurga@ neraka.      * Ketika ditiupkan roh kita telah berjanji dengan Allah untuk menjadi khalifah Allah dan beribadat kepada Allah. * Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah. * Qada dan qadar ada 2 iaitu : - qada mubram iaitu qada yg boleh berubah mel

Surah Amalan : al-Ghafir ayat 44

Image
Home Bacalah surah ini jika kita berada dalam kegelisahan,sedih, tidak tenang dan kekacauan hati.Minta secara bersungguh-sungguh. Dengan izin Allah, InsyaAllah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Serahkan semua urusan kepada Allah..sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan sesuatu itu. Boleh diamalkan sewaktu sujud sebelum tahiyat Akhir. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

Kisah 25 Nabi

Home [1/25] - Nabi Adam ‘Alaihissalam 1) Nabi Adam tidak dilahirkan sebagai bayi seperti orang lain tetapi telah dibentuk dari tanah sebagai orang dewasa. 2) Ketinggian nabi Adam ialah sekitar 60 kaki. 3) Ketika Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, mereka terpisah jauh. Masing-masinh mencari pasangan dan akhirnya bertemu di Jabal Rahmah dan dari situ jugalah Jabal Rahmah digelar sebagai bukit kasih sayang atau ‘the mountain of acquaintance’ di dalam bahasa inggeris. 4) Adam dan Hawa tidak pernah kenal erti penipuan. Pertama kali mereka ditipu oleh syaitan adalah ketika di syurga. Syaitan menghasut jika mereka memakan buah dari pokok terlarang di syurga maka mereka akan berubah menjadi malaikat. Oleh itu mereka pun percaya. 5) Kisah ni diceritakan oleh nabi Adam kepada anak-anaknya berulang kali sebagai pengajaran bahawa syaitan itu jahat. 6) Adam dan Hawa hidup beribu tahun lamanya. Hawa mengandung lebih dari 100 kali