Kisah Ahli Syurga

Home


 Pada suatu hari Rasulullah duduk bersama-sama sahabat kemudian rasulullah berkata "sekejap lagi akan datang pemuda ahli syurga". Kemudian datang seorang pemuda masuk ke dalam masjid. Pada mata sahabat pemuda tersebut kelihatan biasa sahaja dan tiada keistimewaan pemuda tersebut. Pada hari yang lain, Rasulullah SAW berkata perkara yang sama dan yang masuk adalah pemuda yang sama. 

Muaz bin Jabbar ingin mengetahui apakah rahsia atau amalan pemuda tersebut sehingga Rasulullah SAW berkata demikian. Muaz meminta izin daripada pemuda tersebut untuk bermalam di rumah pemuda tersebut untuk melihat apakah amalan yang dilakukan oleh pemuda itu. seperti biasa Muaz bangun untuk bertahajjud dan dia melihat pemuda itu masih lagi tidur. Dia terus memerhatikan pemuda itu hanya sembahyang subuh. Kemudian Muaz mangajak lelaki tersebut membaca al-Quran. Dia melihat pemuda tadi membaca quran merangkak-rangkak. Kemudian apabila tiba waktu dhuha, lelaki tersebut tidak menunaikan solat dhuha. Begitu juga lelaki itu tidak berpuasa sunat. 

 Muaz pelik apakah lagi amalan pemuda ini. Dia bertanya kepada pemuda itu. Pada mulanya pemuda itu berkata dia hanya melakukan amalan biasa seperti orang lain. Namun begitu Muaz tidak berpuas hati dan terus bertanya lagi. Akhirnya pemuda itu berkata. Sesungguhnya amalan aku tidaklah banyak tetapi ada beberapa amalan yang aku amalkan iaitu : 
1. Aku bersungguh-sungguh untuk tidak menyakiti sesiapa pun. (iaitu merujuk ahli keluarga, jiran, sahabat, saudara mara atau orang yang tidak kenal). 
2. Aku cuba mengelakkan diri daripada memarahi sesiapa sahaja dan cuba untuk memaafkan sesiapa sahaja. 
3. Aku cuba untuk menjaga hubungan silaturrahim dengan sesiapa sahaja.. 

 Subhanallah berkata Muaz bin Jabbar. sesungguhnya itulah antara amalan ahli syurga.

Sumber :
Ust. Auni

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk membebaskan diri dari Neraka

Surah Amalan : al-Ghafir ayat 44