Perihal Dajjal

Home


1. Kelebihan umat nabi Muhammad adalah sebahagian umat nabi muhammad akan masuk syurga tanpa dihisab dan diazab manakala keburukan terbesar Nabi Muhammad (ujian) adalah sebahagian umat menyaksikan khiamat dan sebahagian akan hidup di zaman dajjal.Dajjal adalah tanda besar khiamat. Ia adalah ujian paling besar dan fitnah yang paling dasyat kerana ia mengeluarkan iman dari diri umat Nabi Muhammad.Ia dikatakan fitnah yang paling dasyat kerana mengaku sebagai Tuhan. Dan manusia banyak mengikuti kerana ujian yang umat islam hadapi ketika itu. 

2. Setiap nabi akan memberi amaran keras kepada umat masing-masing berkenaan dengan dajjal walaupun umat mereka tidak akan hidup pada zaman tersebut apatah lagi Nabi Muhammad sentiasa mengingatkan kepada umatnya.Banyak hadis berkenaan Nabi Muhammad menyebut tentang perihal dajjal malah ada sebahagian umat yang sudah melihat dan bercakap dengan dajjal .

3. Dajjal adalah manusia, bercakap,makan,minum,melihat,bernafas dan jika dibunuh akan mati, ada ibu bapa dan umur yang panjang. Diberi kelebihan oleh Allah dengan sihir yang dasyat.Dajjal adalah ketua bagi keseluruhan syaitan.Ketika dajjal keluar, keimanan umat Nabi Muhammad pada ketika itu adalah sangat lemah dan sedikit disebabkan itu dengan mudah dajjal dapat membohongi , mensyirikkan umat. Jika Dajjal keluar ketika zaman Rasulullah dan sahabat, nescaya kanak-kanak akan membaling batu kepada Dajjal disebabkan keimanan pada ketika itu sangatlah tinggi.Yang akan selamatkan diri daripada dajjal adalah iman yang kuat dan tinggi kepada Allah. 

4. Daripada Sahih Muslim, sekumpulan umat yg pernah melihat dajjal adalah yang dinamakan Tamim ibin Aus Addari. Ketika itu kumpulan ini belum memeluk Islam dan mereka adalah terdiri daripada 30 orang pemuda kristian . Mereka menaiki kapal dan belayar di tengah-tengah laut dan sesat selama 30 hari. Akhirnya sampai di sebuah pulau.Mengikut riwayat, pulau tersebut terletak di Asfahan atau kurasan iaitu di Iran.Ketika berehat di pulau tersebut, mereka melihat seekor binatang yang pelik dan sangat lebat bulunya. Binatang itu boleh bercakap. 

 5. Pemuda dan binatang tadi berdialog ; 
Binatang           : Kalian ini siapa? 
Kump Pemuda : Menceritakan keadaan mereka yang sesat dari tengah laut dan sampai ke sini. Kamu binatang apa? Tanya mereka. 
Binatang           : Jajjasah. 
Kump Pemuda  : kamu binatang apa?. Binatang tersebut tidak menjawab. 
Binatang berkata :Di tengah-tengah pulau ada seorang lelaki sedang menunggu kamu. 

Kumpulan pemuda tadi berasa takut tetapi mereka mengikut binatang berkenaan.Sampai di pulau tersebut mereka melihat ada seorg lelaki diikat seluruh tubuhnya dengan ikatan besi yang begitu kuat sehingga tidak dapat bergerak. 

6. Kumpulan 30 orang pemuda dan lelaki berdialog ; 
Lelaki : kalian siapa? 
Kump Pemuda: Mereka menceritakan semula perihal kesesatan mereka.kamu siapa? Mereka bertanya. 
Lelaki: Akulah dajjal.Tidak ada bumi selepas aku dilepaskan akan aku jejak kecuali 2 tempat iaitu Mekah dan Taibah(Madinah). 

Kumpulan pemuda ini menceritakan kepada Nabi Muhammad dan nabi memanggil sahabat dan menceritan kepada mereka bahawa dajjal tidak boleh masuk Mekah dan Taibah(Madinah). 

7. Ketika dajjal keluar , 70 000 tentera elit yang akan berada dibelakangnya dan memakai Attayalisah.Antara ujian yang paling berat adalah tiada setitis air, sekeping roti dan sebiji nasi pada ketika itu.Mengikut hadis lemah tetapi ada shawahid yang menguatkan hadis tersebut, 3 tahun sebelum dajjal keluar, Allah menyekat 1/3 air langit, 1/3 tumbuh-tumbuhan. Kemudian, 2 tahun sbelum dajjal keluar, 2/3 manakala pada tahun kemunculan dajjal, langit tidak keluarkan hujan, tumbuhan tiada.Dajjal keluar di Iran, dan mengaku tuhan.Mana-mana tempat yang dia sampai.sesiapa yang beriman kepadanya, kawasan tersebut akan menjadi subur dan kawasan yang tdak beriman, Ia akan menjadi kering kontang. 


8. Kemudian, ada sahabat bertanya dan dialognya adalah seperti di bawah 
Sahabat: Berapa lama kah dajjal berada di muka bumi Allah? 
Rasululah : Selama 40 hari.Hari pertama panjangnya setahun, hari kedua sebulan, hari-3, panjangnya seminggu dan baru seperti hari-hari biasa. 
Sahabat: Adakah pada hari pertama solat 5 waktu cukup? 
Rasululah : Tidak, Hari pertama,kedua dan ketiga, kene buat anggaran waktu solat. 

9. Kata rasulullah lagi , Dajjal adalah lelaki, matanya cacat keduanya. Matanya buta seperti buah anggur keluar, rambut sangat kerinting sehingga mencecah bahu, betis kanan dan kiri sangat jauh, tubuh sangat besar. Tanda paling besar adalah tulisan di dahi kafir dan hanya orang beriman sahaja yang dapat melihatnya. 

10. Dajjal ke madinah dan dia meletak tenteranya kemudian cuba masuk madinah tetapi tidak boleh. Mengikut hadis sahih, kedengaran 3 kali gegaran di bumi madinah. Setiap setiap kali bergegar maka keluarlah orang fasik dan munafik yang berada dalam bumii madinah keseluruhannya. Hanya yang tinggal adalah orang yang beriman. 

11. Seorang pemuda yang beriman keluar dari bumi madinah untuk selamatkan umat nabi Muhammad dan pergi ke kem dajjal. 
Tentera : Kamu nak ke mana? 
Pemuda: Aku ingin berjumpa dengan penipu yang besar. 
Tentera : Mengapa kamu menyatakan tuhan kami penipu yang besar? Tentera tersebut menangkap lelaki tersebut dan membawa kepada dajjal 
Dajjal : Bukan kan aku tuhan kamu? 
Pemuda : Kamulah penipu besar, kamulah dajjal yang diberitahu oleh rasulullah SAW. Pemuda ini tidak hidup zaman Nabi Muhammad tetapi dia tahu kisah ini kerana membaca hadis dan mempunyai ilmu agama. 

Dajjal berkata kepada pengikut : Kalau aku bunuh lelaki ini bertambahkah keyakinan kamu yang aku tuhan? 
Pengikut : Ya, 

Hadis sahih. Badan lelaki tersebut terbelah dua. Satu dilempar ke sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri lebih kurang 20 -30 meter. 

Dajjal : Kalau aku hidupkan dia adakah bertambah iman kamu terhadap aku ? 
Pengikut : Ya, 
Dajjal : Kum. Maka bergabung tubuh badan lelaki itu. Dia bertanya lagi kepada lelaki itu.Adakah kamu beriman kepada aku? 
Lelaki : Lagi aku beriman bahawa kamu adalah dajjal penipu besar seperti diberitahu oleh Rasulullah SAW. Mengikut Rasulullah SAW.

Lelaki ini adalah seorang yg sangat besar kedudukannya di sisi Allah di Akhirat kelak.Seterusnya Rasulullah berkata, tanda paling besar dekatnya kemunculan dajjal adalah apabila Madinah senyap sunyi dan Baitul-Muqaddis(palestin) di bangunkan meriah dan maju serta menjadi tempat tumpuan kerana pada ketika itu imam Mahdi mempersiapkan tentera mereka untuk perang Al-Malhama tul kubra. Selepas perang ini tamat dajjal akan muncul. 

 12. Satu lagi fitnah yang besar yang dibawa oleh dajjal adalah dia seolah-olah boleh menghidupkan orang yang telah mati. Dajjal berjumpa seseorang dan bertanya: Dajjal : Di manakah kubur ibu bapa kamu? Orang : Ada disana. Dajjal : Kalau aku hidupkan ibu bapa kamu adakah kamu akan mengaku aku tuhan ? Orang : Ya Dajjal pergi ke kubur ibu bapa pemuda tersebut dan menghidupkan ibu bapa pemuda tersebut.Yang dihidupkan adalah syaitan yang menyamar menjadi ibu bapa pemuda itu mengikut rupa paras dan percakapan ibu bapa pemuda dan syaitan mengajak pemuda untuk menjadi pengikut Dajjal. 

 13. Kita perlu mempersiapkan dengan ilmu agama yang banyak untuk menghadapi keadaan akhir zaman ini Antara 4 amalan yang Rasulullah amalkan adalah; 
a) Doa yang diamal oleh rasulullah setiap hari selepas tahiyat akhir dan sebelum memberi salam 



Ya Allah, Aku berlindung daripada azab neraka, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian dan daripada fitnah dajjal 

b) Apabila dengar berita dajjal berada di suatu tempat, jangan hampirinya.Ini kerana ada cerita yang seorang yang sangat berimam dan mahu berlawan dengan dajjal dan apabila terkena fitnah dajjal orang beriman tersebut menjadi pengikut dajjal. 

c) Mengamalkan surah alkahfi (setiap hari jumaat) – 110 ayat 

d) Mengamalkan surah alkahfi setiap hari ayat 1-10 dan 101-110 


NOTE : Bani tamin adalah bani yang kuat dan keras melawan dajjal. Pengikut dajjal paling ramai adalah terdiri daripada orang yahudi dan Wanita. 

Sumber : Alkuliyah 2020 | Episod 13

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk membebaskan diri dari Neraka

Surah Amalan : al-Ghafir ayat 44