Anak Pertama ke Tadika

Dah 5 bulan anak pertama ke tadika.. perubahan padanya oklah banyak dan positif.. alhamdulillah dan aku pulak cam rasa dah besar anak sulong aku ni..pada mulanya dia agak excited nak pergi ke sekolah.. kalau tengok budak2 lain mmg menangis tapi dia tak, excited jer...Tapi bila masuk bulan pertama dia dah start xnak pergi sekolah puncanya sebab lama sangat cuti..seminggu jugak kami paksa dia dan kembali neutral..haihh mencabar jugak rasa..mau tak bangun2 cakap tak nak ke sekolah..adeh..

Banyak yang dia belajar..cam laju jugak die dapat tangkap apa yang diajar dan baguslah lega kami dibuatnya, dia dapat ikut dengan baik..ni baru permulaan dan terlalu banyak lagi yang perlu diexplore dan die slalu nak jadi besar cam papa...cam aku dulu-dulu..tapi percayalah bukan mudah jadi orang dewasa dan banyak sangat cabaran dan dugaan bila menjadi orang dewasa ni. sampai aku terdetik jgnlah jadi orang dewasa terlalu cepat..

Perasaan aku pulak memang macam-macam..gembira, sedih, seronok, bangga dan takut pun ada.pape pun aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja..love you my son and be a good boy..i always support u no matter what..

Comments

Popular posts from this blog

Doa untuk membebaskan diri dari Neraka

Surah Amalan : al-Ghafir ayat 44