Alam-alam manusia


Manusia akan melalui beberapa alam dalam kehidupan dan kita sudah melalui 2 alam sebelum ini  iaitu alam ROH dan alam RAHIM. Kita sekarang tengah berada di alam yang ketiga iaitu alam fana iaitu dunia di mana kita berada sekarang. Tidak kah kita terfikir apa akan berlaku seterusnya?..apakah amalan yang diperlukan untuk melangkah ke alam seterusnya?. Tahukah kita apabila berlaku sakaratul maut maka sudah terhentilah segala amalan seseorang itu.


1. ALAM ROH & RAHIM
* Ketika Kita di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bagaimana)
- amalan & masa depan ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.
    * Ketika ditiupkan roh kita telah berjanji dengan Allah untuk menjadi khalifah Allah dan beribadat kepada Allah.
* Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
* Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian


2. ALAM FANA / DUNIA
* Ketika di alam dunia, kita akan melalui beberapa alam lain seperti alam
  • Alam Bayi
  • Alam kanak2
  • Alam remaja (12 - 21 thn)
  • Alam dewasa (22- 40 thn)
  • Alam tua ( lbh 40 thn)
  • Lebih 70 thn disebut tua bangka

* Ketika di alam ini kita diberi nikmat yang sangat banyak dan hawa nafsu yang bermaharajalela. Jika kita tidak menjaga kita boleh tersesat jauh daripada tujuan asal kita.
* Di saat sakaralmaut kita dah dapat mengetahui apakah yang akan berlaku di alam seterusnya. Jika kita berada dalam keadaan beriman maka selamatlah kita tetapi jika sebaliknya kita adalah antara di kalangan yang rugi.

3. ALAM BARZAKH
* Alam barzakh adalah alam selepas kematian ataupun alam kubur. Manusia yang telah meninggal akan berada dalam alam ini sehingga dibangkitkan di padang masyar. Ketika di alam ini lagi akan berlaku siksaan ataupun nikmat mengikut amalan yang kita kerjakan sewaktu di dunia dahulu.

* Kubur manusia akan terbahagi 2.. adalakah kubur kita menjadi taman-taman syurga ataupun kawah-kawah neraka. Jika taman syurga betapa bersyukurnya hidup kita tapi jika sebaliknya bermaksud kita lah manusia yang paling rugi.

* Semoga kubur-kubur kita menjadi taman syurga..

4. KIAMAT
    * Orang yang menyaksikan kiamat adalah orang yang akan kekal di neraka. Ini kerana sebelum berlaku kiamat berlaku angin sejuk yang akan mematikan manusia yang imannya  walaupun sbesar satu biji sawi.

5. PADANG MASYAR
    * Disaat ini manusia dibangkitkan dan dikumpulkan di satu tempat iaitu padang masyar. ketika ini ia diibaratkan sebuah perjalanan yang sangat jauh untuk ke titian sirat untuk dihisab. Setiap amalan akan dihitung dan di azab jika tiada keampunan daripada Allah. 

    * Marilah kita bertaubat atas kesalahan, kekhilafan, yang lalu.

5. ALAM SYURGA & NERAKA
    * Alam kekal dan merupakan alam terakhir.kita akan kekal samada di  syurga ataupun kekal di neraka. Betapa bahagia jika kita berada dalam syurga kerana bersama nikmat-nikmat yang tidak dapat digambarkan.

    * Dan semoga kita jauh daripda neraka yang bersamanya ada azab-azab yang amat pedih dan menakutkan yang sudah pasti kita tidak mahu memikirkan keazabannya..


Ya Allah.. Aku bertaubat atas dosa-dosa yang lalu dan aku memohon daripadaMu agar dimasukkan ke syurga firdausMu tanpa diazab dan dihisab. Terimalah setiap taubatku YA ALLAH ..Amiin

Comments

Popular posts from this blog

Surah Amalan : al-Ghafir ayat 44

Doa untuk membebaskan diri dari Neraka