Posts

Fitnah Itu

 Meneliti fakta di luar Meneliti fakta di dalam Berakhir dari satu lebaran ke satu lebaran Bait-bait baru sedang bermula Keselarian semakin hampir Kepercayaan semakin kuat Ketakutan semakin mendalam Bayangan di hadapan semakin gelap Apakah tauhidku padaMu sudah cukup kuat? Apakah amalanku sudah cukup menangkis fitnah dasyatnya.. Apakah kesediaanku sudah cukup? atau makin rapuh? Di sisi hadapan penuh dengan harapan yang tak terucap Di sisi belakang aku dibelenggu dosa-dosa lalu Di sisi kanan aku masih cuba bangkit Di sisi kiri kelemahan senantiasa menghimpit.. Masa terus berjalan Detik demi detik, hari demi hari meninggalkan.. Sedangkan di sana sini manusia masih kebingungan...

Aku terluka dan sangat terluka

Betapa hatiku sangat terluka dengan isu yang melanda sekarang...Kenapa Nabi Muhammad kita yang mulia di hina, kenapa Islam di hina sesuka hati dan kita lemah untuk bangkit dan bersatu.  Lagi terluka bila membaca komen nitizen Islam dan melayu yang tidak menyokong disaat muncul seorang insan yang secara lantang membantah penghinaan itu..Dahlah dia diam terhadap penghinaan itu, ini lantang pulak tidak setuju org yang membantah.. Takut akan menjejaskan ekonomi negara kononnya...Ya Allah..tidak kah dorang terfikir yang maju dan mundurnya sebuah negara semuanya atas ihsan dan kehendak Allah.Ini adalah kepercayaan kita sebagai umat Islam..Rasulullah adalah kekasih Allah dan yang paling Allah sayang..Kenapa kita tegar membiarkan kekasih Allah ini dihina...Allahhu Akbar maafkan kami Ya Allah..maafkan kami..ampunilah kami.. Jika bukan Islam yang menghina, aku faham kerana mereka tidak memahami apa-apa tentang Islam dan Allah yang Esa dan sememangkan tugas kita untuk memahamkan mereka..ni or...

Asmaul Husna

Image
Asmaul Husna

Sumayyah - Syahidah pertama

Home Sumayyah ialah ibu Ammar b Yasir, yang merupakan gambaran wanita yang pertama sekali mati syahid dalam Islam. Sumayyah merupakan isteri Yasir. Dengan keimanan yang kuat dan keberanian yang tersimpan di relung hatinya yang dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yang terkenal bengis dan kejam. Sumayyah bersama suami dan anaknya Ammar dijemur di tengah padang pasir yang sangat panas. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga tidak bergerak dan melawan. Mereka diseksa dengan kejam agar mengikuti keinginan Abu Jahal. Namun mereka tidak terdengar sepatah katapun dari mulut Yasir atau puteranya, Ammar selain daripada rintihan yang penuh kesakitan, justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yang beriman ini agar menyatakan murtad dari agama Islam. Sumayyah tidak merintih kesakitan tetapi menentang dengan terus terang serta menyatakan bahwa beliau tetap berpegang teguh kepada keimanannya, walaupun harus ditebus dengan harga yang mahal kerana mereka telah mendengar sabda ...

Al-Baqarah (Ayat 285 - 286) - Diberi Kecukupan

Image
Home Surah Al-Baqarah (Ayat 285 - 286)  'Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberi kecukupan.' (HR. Bukhari dan Muslim)

Kisah Ahli Syurga

Home  Pada suatu hari Rasulullah duduk bersama-sama sahabat kemudian rasulullah berkata "sekejap lagi akan datang pemuda ahli syurga". Kemudian datang seorang pemuda masuk ke dalam masjid. Pada mata sahabat pemuda tersebut kelihatan biasa sahaja dan tiada keistimewaan pemuda tersebut. Pada hari yang lain, Rasulullah SAW berkata perkara yang sama dan yang masuk adalah pemuda yang sama.  Muaz bin Jabbar ingin mengetahui apakah rahsia atau amalan pemuda tersebut sehingga Rasulullah SAW berkata demikian. Muaz meminta izin daripada pemuda tersebut untuk bermalam di rumah pemuda tersebut untuk melihat apakah amalan yang dilakukan oleh pemuda itu. seperti biasa Muaz bangun untuk bertahajjud dan dia melihat pemuda itu masih lagi tidur. Dia terus memerhatikan pemuda itu hanya sembahyang subuh. Kemudian Muaz mangajak lelaki tersebut membaca al-Quran. Dia melihat pemuda tadi membaca quran merangkak-rangkak. Kemudian apabila tiba waktu dhuha, lelaki...

Perang Dunia Ke- 3

Home Bilakah perang dunia ke- tiga?  Kebanyakan tidak mengetahui bila tetapi gelombang perang dunia ini sudah kelihatan. Antara gelombangnya adalah :  1. Pengumuman Donald Trump berkenaan Israel.  2. Pergaduhan Negara arab teluk  3. Penyerahan pulau Jiran dan Sanafir oleh mesir kepada Saudi  Semasa perang pertama - Misi adalah untuk memusnahkan kerajaan Turkey Uthmaniah, Berlaku juga perang sejagat menyebabkan tiada negara yang menolong kerajaan Turkey ketika itu kerana masing-masing berperang. Akhirnya kerajaan Turkey Uthmaniyah jatuh.  Perang Dunia Kedua (Perang Dunia Ke-2 atau Perang Dunia II) ialah peperangan global yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini membabitkan lebih dari 100 juta orang dari lebih 30 negara di seluruh dunia yang kebanyakannya melibatkan dua pakatan terbesar iaitu Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara pembesar berempat iaitu United Kingdom, Ame...